Diskaun Yuran Pengajian UNITEN kepada anak anggota kerja yang layak
Pemberian diskaun yuran pengajian ini adalah inisiatif yang disyorkan oleh Pengurusan UNITEN bagi mempromosi pengajian di UNITEN di kalangan anggota kerja UNITEN/TNB. Ini dapat menggalakkan anak anggota kerja UNITEN/TNB untuk memohon dan seterusnya mendaftar pengajian mereka di UNITEN.
Diskaun Yuran Pengajian Universiti Tenaga Nasional kepada anggota kerja yang layak seperti berikut
- Anak anggota kerja lantikan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Anak anggota kerja lantikan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Pesara anggota kerja lantikan Univesiti Tenaga Nasional
- Alumni UNITEN.
Syarat Kelayakan Anggota Kerja
- Semua anggota lantikan UNITEN/TNB yang masih dalam perkhidmatan.
- Anggota kerja yang dilantik di bawah terma Pegawai Dagang (Ekspatriate) adalah layak memohon pemberian diskaun yuran pengajian.
- Pemberian diskaun ini hanya diberikan kepada salah seorang anggota kerja sahaja sekiranya pasangan suami/isteri merupakan anggota kerja lantikan TNB/UNITEN.
- Pemberian diskaun adalah terhad kepada tiga (3) orang anak sahaja untuk satu keluarga di sepanjang tempoh perkhidmatan anggota kerja.
Syarat Kelayakan Pelajar
- Status pelajar – Aktif Pengajian
- Permohonan kali pertama perlu dilakukan pada semester pertama pengajian bagi melayakkan pelajar memohon diskaun pengajian pada semester seterusnya..
- Pelajar sedia ada yang telah mendapat kelulusan diskaun pengajian sebelum ini sahaja yang dibenarkan memohon.
- Pelajar sedia ada di peringkat Asas atau Diploma juga layak untuk memohon diskaun yuran pengajian ini apabila menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kelak.
- Tidak mendapat mana-mana biasiswa atau pinjaman boleh ubah (termasuk YCU, MARA, JPA dan Yayasan Tenaga Nasional) kecuali PTPTN.
Pemberian Diskaun
Diskaun pengajian kepada anggota kerja lantikan TNB/UNITEN mengikut tempoh pengajian normal yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Akademik Universiti seperti jadual berikut :
Anggota Kerja | Jumlah Diskaun | Peringkat Pengajian |
Anak Anggota kerja lantikan UNITEN |
25% |
|
Anggota kerja UNITEN |
25% |
|
Lantikan TNB (Tidak Berkhidmat di UNITEN) |
20% |
|
Anak anggota kerja lantikan TNB | 20% |
|
Anak pesara anggota kerja lantikan UNITEN | 20% |
|
Alumni UNITEN | 20% |
|
*Anggota kerja lantikan Anak Syarikat TNB adalah tidak layak untuk memohon diskaun pengajian di UNITEN
- Diskaun adalah terhad kepada Yuran Pengajian sahaja.
- Diskaun juga tidak akan diberikan ke atas subjek mengulang (repeat subject).
- Diskaun Alumni UNITEN adalah diberikan secara automatik (pelajar tidak perlu memohon) berdasarkan rekod UNITEN, diskaun ini juga akan dihentikan secara automatik sekiranya pelajar telah memperoleh biasiswa atau pinjaman pelajaran lain.
Syarat-syarat AM Permohonan Diskaun Yuran Pengajian
Cara Memohon
- Borang permohonan click link beserta dokumen sokongan yang telah lengkap perlu dimajukan selewat-lewatnya pada minggu keempat setiap semester.
Borang permohonan dan status permohonan boleh dimajukan ke emel berikut:
Pn. Nurrul Hidayah Bte Ismail - E : [email protected]
Atau terus ke:
Kaunter 1: Programme Information & Inquiries
UNITEN Customer Centre (UCC), Universiti Tenaga Nasional, Jalan Ikram-UNITEN 43000, Kajang Selangor.
Pertanyaan berkenaan maklumat pembayaran dan cara pembayaran boleh dimajukan ke emel berikut:
Muhammad Uzair Bin Mohd Yunos - E: [email protected]
Khairil Ezzham Bin Azeme - E : [email protected]