SUMBANGAN AWAL PENGAJIAN by Dana Waqaf Ilmu


 

Sumbangan Awal Pengajian adalah salah satu bentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh UNITEN melalui Dana Wakaf Ilmu. Sumbangan ini adalah hasil keuntungan/hibah melalui kutipan wakaf tunai dan wakaf projek khas daripada penyumbang yang terdiri dari staff UNITEN/TNB, Alumni UNITEN dan masyarakat setempat.

Sumbangan Awal Pengajian berjumlah RM300.00 merupakan bantuan sementara yang disediakan untuk membantu perbelanjaan pelajar sebelum pelajar mendapat penajaan atau bantuan kewangan yang lain. Sumbangan ini akan diberikan kepada pelajar baharu pada awal semester pengajian.

 

Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia (terbuka kepada pelajar muslim dan bukan muslim).

  2. Pelajar baharu pengambilan Januari 2025 yang sudah berstatus aktif bagi program Asasi/Diploma/Sarjana Muda.

  3. Telah membayar Yuran Pendaftaran dan sudah menjadi pelajar berstatus aktif semasa tarikh tutup permohonan.

  4. Kelulusan penerima sumbangan adalah tertakluk kepada had kifayah yang ditetapkan oleh UNITEN. Tempat adalah terhad.

  5. Tarikh akhir permohonan sumbangan bagi pengambilan Januari ialah pada 28 Febuari 2025.

  6. Dengan mengisi borang permohonan ini, pemohon membenarkan DWI untuk menggunakan dan memproses data peribadi selaras dengan 'Personal Data Protection Act 2010' (PDPA).

 

Tarikh permohonan:

6 Febuari - 28 Febuari 2025

 

Permohonan boleh dibuat melalui link berikut:

 

Pelajar baru program Asasi/ Diploma/ Sarjana Muda Pengambilan Januari 2025

https://apply.uniten.edu.my/uniapps/ > Log In Applicant > Financial Aids Application

 

Pelajar lepasan Asasi/ Diploma yang mendaftar program Sarjana Muda Pengambilan Januari 2025

Link INFO365: https://info365.uniten.edu.my/info365 > Menu Financial Assistance > Sumbangan Awal Pengajian > Click link Apply for Sumbangan Awal Pengajian (DWI) > Isi form dan click submit application